Kempen Muslim pada tahun 2000-an Katedral-Masjid_Córdoba

Menara loceng daripada Istana Oranges

Muslim di seluruh Sepanyol telah melobi Gereja Katolik Rom untuk membenarkan mereka mengerjakan solat di dalam kompleks ini, di mana Majlis Islam Sepanyol telah menghantar permohonan rasmi ke Vatican.[3][4] Walau bagaimanapun, pihak berkuasa gereja Sepanyol dan Vatican menolak permohonan ini.[5] Pertikaian ke atas katedral ini mencerminkan pandangan akan apa yang membentuk sejarah dan identiti Sepanyol.[6]

Peristiwa tahun 2010

Pada bulan April 2010, dua orang pelancong Muslim telah ditahan di katedral, di mana dalam kejadian ini dua orang pengawal keselamatan telah mengalami kecederaan serius. Kejadian ini berlaku apabila bangunan dipenuhi dengan para pelancong yang melawat katedral semasa Minggu Suci.[7][8]

Mengikut pihak berkuasa katedral, apabila separuh dozen Muslim Austria, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 118 pelancong membuat lawatan untuk Muslim muda Eropah, berlutut untuk bersembahyang bersama-sama, telah ditegur oleh pengawal keselamatan samada "meneruskan lawatan mereka atau meninggalkan bangunan".[7][8] Satu pergaduhan telah terjadi di antara dua orang pelancong dan para pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan mengalami kecederaan serius dan dimasukkan ke hoospital manakala dua orang pelancong Muslim pula telah ditahan.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Katedral-Masjid_Córdoba http://edition.cnn.com/2010/WORLD/europe/08/17/cor... http://www.fredcamper.com/A/Accretions/AC016/index... http://maps.google.com/maps?ll=37.879062,-4.779675... http://www.hotels-spain-accommodation.com/andaluci... http://www.sacred-destinations.com/spain/cordoba-m... http://libro.uca.edu/martyrs/cm1.htm#N_10_ http://www.cordoba24.info/english/html/mezquita.ht... http://www.spain.info/TourSpain/Arte+y+Cultura/Mon... http://www.islamicarchitecture.org/architecture/th... http://art.thewalters.org/detail/22767